Thursday, 20 February 2014

Rehlah SRI TM 2014 ke Taman Jubli Perak, Sungai Petani, Kedah.

بسم الله الرحمن الرحيم

Program luar kelas ini diadakan di Taman Jubli Perak, Sungai Petani untuk menambah pengalaman para pelajar. Mengajar sikap berkongsi dengan kawan-kawan, mendedahkan dengan alam sekitar, mengambil berat tentang alam sekitar dan lain-lain.

Program bermula pada pukul 8 pagi dan tamat pada pukul 11 tengahari:

Program dimulakan dengan musabaqah Al-Quran.

Musabaqah Al-Quran bertujuan supaya pelajar sedar bahawa seorang muslim itu boleh membaca dan menghafaz Al-Quran walau di mana sahaja dia berada.

Setiap masa perlu diisi dengan AL-Quran.

Ia juga untuk mengasah kemampuan dan ingatan pelajar terhadap hafazan Al-Quran yang telah dihafaz di samping melatih keberanian untuk berdiri dan bersuara lantang di khalayak ramai.

Soalan yang disediakan dari Surah An-Nas hingga Surah Al-Buruj

pelajar dibahagikan kepada kumpulan2
wakil kumpulan akan mencabut soalan. Kemudian menyambung bacaan Al-Quran yang ditanya oleh ustaz dari soalan yang dicabut


wakil dari kumpulan banat




wakil dari kumpulan banin bersedia untuk menjawabsoalan


Selepas selesai acara musabaqah Al-Quran, pelajar menikmati makan tengahari dengan bekalan istimewa yang dibawa sendiri
berkongsi bersama kawan2 nikmat makanan yang lazat.
Alhamdlulillah









Acara diteruskan lagi dengan sesi (كلماتنا الجديدة) iaitu menulis 10 perkataan bahasa Arab bersama dengan maknanya dari benda yang terdapat di sekeliling taman dalam masa 10 minit sahaja bersama dengan hafazan 10 perkataan tersebut.

Kemudian setiap kumpulan akan menghantar wakil yang telah menghafaz semua perkataan beserta dengan makna untuk disebut dikhalayak ramai tanpa melihat kertas.

Ia bertujuan untuk melatih pelajar berfikir dengan cepat dan mengasah minda menghafaz dalam masa yang suntuk.


bertungkus lumus memerah idea mencari 10 perkataan dalam Bahasa Arab





Selesai acara Bahasa Arab, pelajar diberi peluang bermain di Taman permainan.

menuju ke taman permainan














bersedia untuk pulang

pulang dalam keadaan tertib




Selepas sampai semula ke sekolah, pelajar mendirikan Solat Sunat Dhuha. Kemudian program diteruskan dengan acara pembahagian hadiah berdasarkan markah yang dikutip dari Musabaqah Al-Quran dan acara Bahasa Arab.





semua kumpulan seronok kerana mendapat hadiah



hadiah disediakan untuk semua kumpulan



Gambar kenang-kenangan Rehlah SRI TM 2014 ke Taman Jubli Perak, Sungai Petani, Kedah.

No comments:

Post a Comment