Tuesday 7 January 2014

Aktiviti pelajar SRI TM

Sekolah Rendah Tahfiz Mutmainnah (SRI TM) menggabungkan pendidikan AL-Quran (Hafazan: 3 jam sehari), subjek diniyyah dan akademik (2 jam sehari). 

SRI TM juga tidak meminggirkan pendidikan jasmani/ riadhah (sejam seminggu) dan juga pendidikan seni (setengah jam kelas seni dan setengah jam tayangan ilmiah dalam semiggu)



Darjah 1
darjah 2

Para pelajar SRI TM berwajah puas hati dan bangga dengan hasil kraf sendiri dalam kelas 'dirasah fanniyyah' untuk dibawa pulang.

Kraf adaptasi dari hadis:

Muadz Al-Juhani r.a memberitahu, Rasulullah s.a.w bersabda, “ Sesiapa yang membaca al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya, maka pada hari kiamat kedua ibu bapanya akan di pakaikan mahkota, sinarnya lebih terang daripada cahaya matahari berada di rumah kita. Bagaimana menurut perkiraan kalian, bagaimana agaknya ganjaran untuk orang yang mengamalkannya sendiri? Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud


Taklimat Alquran kepada pelajar SRI TM oleh Ustaz Jamaluddin Ahmad

No comments:

Post a Comment