Thursday 30 January 2014

Alhamdulillah.... Aktiviti di Sekolah Rendah Islam Tahfiz Mutmainnah SRI TM pada Januari 2014

بسم الله الرحمن الرحيم

Antara program yang telah dijalankan dalam Bulan Januari 2014 ini ialah Sambutan Maulidur rasul.


Sekolah Rendah Islam Tahfiz Mutmainnah

Program dimulakan dengan ceramah oleh Ustaz Jamaluddin Ahmad.

Kemudian diteruskan dengan tayangan kartun Kisah Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam dan soalan kuiz berdasarkan tayangan kartun tersebut:


Para pelajar menonton kartun tentang Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam

Di hadapan tersebut, hadiah untuk para pemenang kuiz


Latihan dalam Kumpulan

Para pelajar menjawab soalan kuiz dalam kumpulan2
berbincang dan memerah akal menjawab soalan kuiz


soalan dan jawapam kuiz dari para pelajar

kumpulan yang mendapat tempat pertama pada hari tersebut

Untuk sesi kraf (Dirasah fanniyyah) yang diadakan pada setiap Hari Isnin, setengah jam setiap minggu.

Antara hasil kraf untuk bulan ini:


MINGGU PERTAMA:
Kraf adaptasi dari hadis:

Muadz Al-Juhani r.a memberitahu, Rasulullah s.a.w bersabda, “ Sesiapa yang membaca al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya, maka pada hari kiamat kedua ibu bapanya akan di pakaikan mahkota, sinarnya lebih terang daripada cahaya matahari berada di rumah kita. Bagaimana menurut perkiraan kalian, bagaimana agaknya ganjaran untuk orang yang mengamalkannya sendiri? Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud



MINGGU KEDUA:
Memikir dan melukis cita-cita.

Para pelajar diminta melukiskan impian dan cita2 mereka

tekun melukis

ceria dengan hasil lukisan cita-citanya


Fathurrahman bercita-cita ingin menjadi angkasawan

Impian untuk memiliki helikopter

MINGGU KETIGA:
Kraf ttg biri2 dan penerangan ttg kisah Nabi Ibrahim dan perintah sembelih anak baginda, Nabi Ismail عليهما السلام



Gembira dengan hasil biri2 mereka


HALAQAH AL-QURAN
Halaqah Al-Quran Ustaz Kamal

Halaqah Al-Quran Ustaz Fahmiz

PARA PELAJAR DILATIH AZAN, IQAMAT , SOLAT DHUHA DAN SOLAT ZOHOR


Pelajar melaungkan azan zohor



WAKTU REHAT DILUANGKAN DI MINI MAKTABAH

aktiviti menajamkan minda pelajar




tekun membaca


PARA PELAJAR DILATIH BERDIKARI DAN BEKERJASAMA




ALLAH JADIKAN ANAK2 INI PEJUANG DAN PEMBELA AGAMA ISLAM. AMIN

Tuesday 7 January 2014

Aktiviti pelajar SRI TM

Sekolah Rendah Tahfiz Mutmainnah (SRI TM) menggabungkan pendidikan AL-Quran (Hafazan: 3 jam sehari), subjek diniyyah dan akademik (2 jam sehari). 

SRI TM juga tidak meminggirkan pendidikan jasmani/ riadhah (sejam seminggu) dan juga pendidikan seni (setengah jam kelas seni dan setengah jam tayangan ilmiah dalam semiggu)



Darjah 1
darjah 2

Para pelajar SRI TM berwajah puas hati dan bangga dengan hasil kraf sendiri dalam kelas 'dirasah fanniyyah' untuk dibawa pulang.

Kraf adaptasi dari hadis:

Muadz Al-Juhani r.a memberitahu, Rasulullah s.a.w bersabda, “ Sesiapa yang membaca al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya, maka pada hari kiamat kedua ibu bapanya akan di pakaikan mahkota, sinarnya lebih terang daripada cahaya matahari berada di rumah kita. Bagaimana menurut perkiraan kalian, bagaimana agaknya ganjaran untuk orang yang mengamalkannya sendiri? Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud


Taklimat Alquran kepada pelajar SRI TM oleh Ustaz Jamaluddin Ahmad

Thursday 2 January 2014

SRI TM: Hari Taklimat Waris dan Hari Transisi 2014

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdullilah, Dengan rahmat dan kasih Ilahi, Taklimat Waris dan Hari Transisi SRI TM yang diadakan pada 1/1/2014 dan 2/1/2014 berjalan dengan lancar.

Sekolah Rendah Islam Tahfiz Mutmainnah. Permatang Berangan, Sungai Petani. Kedah Darul Aman


Hari Taklimat Waris SRI TM 2014
Ustaz Amri Nason mewakili Pengerusi TM, Ustaz Shahril Long
 menyampaikan taklimat

Antara aktiviti Hari Transisi SRI TM 2014

Menonton video asmaul husna sebelum dihafal
MasyaAllah. Sangat gembira dan kagum bila melihat anak anak kecil yang sudah berani untuk menjadi imam, menjadi ketua membaca doa dan menjadi muazzin pada hari pertama pertama persekolahan.







Pembahagian Halaqah AL-Quran






Allah berkati anak anak ini dan menjadikan mereka pewaris Nabi. Amin